Saturday, March 7, 2009

Apahal.


Waktu aku membeli barang2 dekat tunas mart kelmarin,
tngah kusyuk membeli belah sambil mendengar radio..DJ Radio Pahang mungkin menceritakan kepada pendengar radio tentang berita yang dibacanya mengenai seorang wanita india yang bekerja di tmpat pelupusan sampah,

Tempat pelupusan sampah memang biasa dgn burung gagak,tapi hari tu dia rasa mcm sesuatu yang tak kena dengan gagak-gagak tu,dia pergi melihat,rupa-rupanya gagak itu tengah meratah seorang BAYI yang katanya cukup sifat dan masih bertali pusat dan putih gebu.Bayi itu disyaki baru dibuang kerana keadaan masih lagi dalam keadaan yang masih bertali pusat.


Hairan orang yang ada hati perut untuk buat benda sebegitu. APAHAL ?

Kenapa orang perempuan yang terkenal degan sikap protective,loyal boleh jadi macam tu?

Friday, February 27, 2009

Hudud or no Hudud

Setiap kali orang bercakap mengenai hudud akan dilaksanakan di Malaysia pasti timbul satu unkapan “sensitivity nonmuslim” ianya mengenai segolongan pihak yang menentang hudud diamalkan di malaysia,kalau org yg menentang hudud ini nonmuslim sahaja tidak apalah

Tapi ada juga yang menetang hudud ni dikalangan org islam,sedih….

Kata mereka hudud tidak boleh dilaksankan kerana malaysia negara yang berbilang kaum dan ini akan menganggu gugat kestabilan sosial.dan mcm-mcm lagi alasannya

Jika dilihat dari perspektif yang lain hudud or no hudud dimalaysia merupakan satu keputusan yang terletak di tangan orang islam itu sendiri, semua dimalaysia umumnya tahu orang islam merupakan majoriti dia negara ini…lebih 60% dan bertambah…….

Kata menteri dijabatan perdana datuk nazri,malaysia is a democratic country, and , what is democracy? Democracy means listen to the majority katanya dalam satu program 101 east di aljazeera

JADI?? Siapakah majoriti dimalaysia ?

Mulism or non muslim??

Jawapannya Muslim, jika orang islam itu sudah majoriti kenapa timbul isu ia tidak boleh dilaksanakan.

Kita masyarakt islam ada kuasa untuk melaksanakan ini tapi…..

Macam orang malas sembahyanglah macam-macam alasan dia.

Untuk pengetahuan semua Iran adalah negara yang mempunyai orang yahudi paling ramai diluar Israel laporan oleh BBC.NEWS.COM (http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/5367892.stm)

Dan melihat iran melaksanakan syaria law dan mereka orang yahudi tidak keluar dari iran walaupun dirasuah israel untuk keluar dari iran untuk melabelkan iran ini anti semitic.

Kalau yahudi pun boleh tinggal dinegara yang mengamalkan syaria law kenapa non muslim di malaysia tidak?

JAWAPANYA MUDAH ORANG ISLAM ITU SENDIRI ENGGAN MENERIMA HUDUD. DAN MENGKHIANATI ISLAM

Penang among top 10 dynamic industrial clusters in the world

A United Nations agency has identified Penang as one of the 10 dynamic industrial cluster locations in the world to have demonstrated a successful manufacturing experience among developing economies.

The United Nations Industrial Development Organisation's (Unido) Industrial Development Report 2009, rated Penang, along with Buenos Aries, Southeastern Brazil, Phnom Penh, Los Lagos (Chile), Qiaotou (China), Chennai (India), Jakarta, Vientiane and Otigba (Nigeria), as the leading locations, according to Bernama News Agency.

Unido's survey, conducted from 2000 to 2006, disclosed the 10 dynamic industrial locations in developing economies, which created conducive investment environment, generated employment and were able to compete in the international market.

Some of the indicators that placed Penang as a robust location were its excellent basic infrastructure, strong cluster networks between firms and intermediary agencies such as the Penang Development Corportation and the Free Trade Association of Penang.

In addition, compliance with environmental standards, upgrading of production from low level to high value-added activities and the island's open system framework that has enabled movement of human capital were other salient factors, revealed the report.

Sunday, February 8, 2009

Lidah tak bertulang

FEB 7 — Dengan lompatan dua bekas exco Parti Keadilan Rakyat yang sedang menghadapi tuduhan rasuah, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang keluar masuk Umno dalam masa 10 hari dan seorang timbalan speaker yang keluar DAP kerana marah tidak diberi jawatan exco serta tidak mendapat kereta rasmi Toyota Camry 2.4, maka kerajaan negeri Barisan Nasional kini mengambil alih pentadbiran Perak tanpa mandat rakyat.

Kerajaan negeri yang 90 peratus dikuasai oleh Umno dengan dua wakil kaum Cina akan memerintah Perak dengan majoriti tiga kerusi yang diwakili "Adun bebas yang menyokong BN". Setakat ini BN dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam DUN yang berjumlah 59 kerusi. Setakat ini juga Pakatan enggan mengiktiraf kerajaan negeri yang disifatkan sebagai "haram" oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana merampas kuasa secara tidak demokratik.

Kes rasuah dua bekas exco PKR, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan, dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak Jamaludin Mohd. Radzi akan didengar di Mahkamah Sesyen pada Selasa ini. Mereka dituduh terbabit dalam kes mempercepatkan kelulusan permohonan membangunkan tanah di Seri Iskandar, Ipoh di Perak.

Apabila kes rasuah itu dibongkar tahun lalu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah mendesak kerajaan negeri Pakatan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin supaya menggantung kedua-dua exco itu.

Khairy yang juga salah seorang calon Ketua Pemuda Umno yang akan ditentukan dalam pemilihan di Perhimpunan Agung Umno bulan depan telah dipetik oleh media massa pada September tahun lalu sebagai berkata: "Bagi saya, pakatan pembangkang di Perak sebenarnya sedang bermasalah. Saya telah mendesak agar dua Exco daripada Parti Keadilan Rakyat itu digantung tugas setelah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah tetapi sampai sekarang tiada apa-apa tindakan."

Tidak habis cerita rasuah pemimpin politik negeri Perak, timbul pula kisah lompat-melompat parti. Adun Bota Datuk Nasarudin Hashim yang memulakan langkah pertama dengan meninggalkan Umno pada Januari lalu untuk melompat menyertai PKR (sebelum melompat semua kepada Umno 10 hari kemudian).

Maka teramat marah Ketua Penerangan Umno Johor Dr Mohd Puad Zarkashi yang menganggap lompat-melompat di kalangan wakil rakyat sebagai perbuatan khianat kepada pengundi yang akan mencemarkan imej negara.

"Saya sedia memperjuangkan penggubalan undang-undang (anti-lompat) di Parlimen. Saya terdorong untuk berbuat demikian kerana saya juga adalah antara Ahli Parlimen yang cuba dipengaruhi oleh (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim," katanya kepada salah sebuah akhbar milik Umno yang disiarkan pada 27 Januari lalu.

Beberapa hari kemudian beliau mengulangi pendiriannya yang turut menyifatkan pemimpin Umno yang melompat parti sebagai individu yang tidak ada nilai kemanusiaan, tidak bermaruah dan seperti seekor katak.

"Mereka juga seperti penjenayah kerana mengkhianati kepercayaan yang diberikan pengundi sedangkan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya lalu atas tiket BN," ujarnya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pula menyifatkan Nasarudin yang melompat menyertai PKR sebagai telah mencemarkan proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

"Kepercayaan orang yang mengundi dia, bukan kerana diri dia sendiri, tetapi kerana kapasiti dia dalam parti yang diwakilinya yang menyebabkan dia menang. Manusia bukan seperti barangan yang boleh dijual beli," katanya di Kota Kinabalu pada bulan lalu.

Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim yang juga Menteri Luar mahu Nasarudin yang menang atas tiket BN meletak jawatan kerana ia melibatkan soal kepercayaan rakyat kepada calon pilihan mereka.

Pada masa itu beliau mendesak wakil rakyat yang melompat parti supaya mengosongkan kerusi yang dimenanginya.

Malah pemimpin parti yang mereka sayangi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pun turut mengutuk pemimpin Umno yang melompat parti dengan menyifatkan mereka sebagai orang yang gagal dalam perjuangan parti dan bangsa.

"Orang yang melompat parti pada saya dia telah mengenepikan perjuangan. Kalau orang kuat perjuangan , dia akan menghadapi apa juga keadaan. Orang yang begini memang lemah, satu contoh bukti kelemahan dan kegagalan dalam perjuangan," katanya.

Tetapi tak sampai seminggu kemudian, suara-suara garang anti-lompat dalam Umno lenyap sama sekali. Mungkin bagi mereka, apa payahnya jika sekadar menggoyang lidah yang tak bertulang.

Perdana Menteri pun mengubah nada apabila Nasarudin dan Adun-Adun pihak lawan pula yang melompat menyertai Umno (walaupun sebagai "Adun bebas yang menyokong BN"). Kini Abdullah menasihatkan Pakatan Rakyat supaya, "Terima sajalah. Dulu semasa pilihan raya yang lepas parti pembangkang telah menang, (kita dapat terimanya)," katanya kepada pemberita di Slim River, Perak pada Khamis lalu.

Malah, beliau memberi tafsiran untuk menghalalkan lompat parti itu dengan menyatakan bahawa: "Saya percaya ini bukan sesuatu yang akan dibantah, yang penting kita mahu kerajaan yang akan dibentuk itu mengikut undang-undang dan menjalankan pentadbiran dengan penuh tanggung-jawab serta memberi khidmat kepada rakyat." Berpuluh ribu rakyat Malaysia berkumpul di Kuala Kangsar, Perak semalam untuk membantah majlis angkat sumpah Menteri Besar BN.

Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dengan bangga menyifatkan rampasan kuasa di Perak melalui lompatan itu sebagai kejayaan BN.

Menteri Pelajaran itu yang bertanggungjawab mendidik kira-kira 6 juta pelajar sekolah di Malaysia menganggap kejayaan BN di Perak sebagai bukti "keyakinan anggota Umno terhadap perjuangan parti yang tidak pernah luntur walaupun tewas dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu baru-baru ini".

Datuk Seri Najib Razak pula sebagai bakal Perdana Menteri sememangnya bangga dengan kejayaan Umno itu kerana ia menebus kembali kekalahan dalam pertandingan secara sah di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kejayaan ini mencerminkan betapa cemerlang, gemilang dan terbilangnya Umno dan BN dalam soal membeli wakil rakyat, menggunakan segala aparatus milik negara dan mengetepikan mandat rakyat semata-mata untuk menang.

Yang tidak kedengaran lagi ialah soal mahu mengharamkan lompat-melompat yang sebelum ini dikatakan oleh pemimpin BN sebagai pengkhianatan terhadap rakyat dan jenayah yang mencemari politik negara.

Sunday, June 29, 2008

Anwar difitnah lagi

Lagi fitnah ditaburkan terhadap anwar ibrahim ,konspirasi liwat yang dicipta untuk mengalih perhatian rakyat malaysia terhadap tuduhan oleh RPK terhadap Najib dan isterinya yang dikatakan terbabit dengan pembunuhan model Mongolia Altantuya.Barangkali juga mereka mahu menjahanamkan rancangan anwar untuk membentuk kerajaan pakatan rakyat bulan september ini.

Wednesday, June 25, 2008

Frank Ribery a Muslim??


A record of 9 muslim players will lead Lesbleus in euro championship 2008.
Frank Ribery`s reversion to Islam said to be in somewhere between 2005-06.
"Islam is the source of power for me inside and outside the football field,"
"My life was hard enough and I had to find something to take me to safety and I found Islam."said ribery.The midfielder is among the key player in 2006 world cup final .


source: islamonline.net


Tuesday, June 24, 2008

Iran condemns 'illegal' new EU nuclear sanctions

Iran on Tuesday condemned the European Union's adoption of new sanctions over its controversial nuclear drive, warning the measures could damage fresh diplomatic efforts to solve the atomic crisis.

The foreign ministry accused the bloc of "double standards" in imposing the sanctions just over a week after world powers presented Iran with a new package of proposals aimed at ending the standoff.

"This illegal and contradictory approach of double standards -- at a time when packages are being studied -- is meaningless and is strongly denounced," Iranian foreign ministry spokesman Mohammad Ali Hosseini said in a statement. Such measures "will waste European opportunities and will not create a suitable atmosphere for solving the matter through diplomacy," he warned.

The measures, approved Monday during a meeting of EU agriculture and fisheries ministers in Luxembourg, will stop the operations of Bank Melli, Iran's largest, at its European offices in London, Hamburg and Paris. The move also adds another 20 individuals and 15 organizations to the EU's visa-ban and assets-freeze lists. The EU move, running alongside a string of UN sanctions against Iran adopted since 2006, aims at persuading Tehran to suspend its uranium enrichment activities, which the West fears could be used to make a nuclear weapon.

But Hosseini warned that "this kind of behavior will make the Iranian nation and government more determined in obtaining their rights." Using a policy of "carrot and stick" against Iran would have no effect, he added. The EU foreign policy chief Javier Solana visited Tehran on June 14 to present an offer to Iran on behalf of the six major countries involved in the dossier -- Britain, China, France, Germany, Russia and the United States.

The package offers Iran technological incentives in exchange for its suspension of the sensitive process of uranium enrichment. On its side, Iran has presented its own package which is a more all-embracing effort to solve the "world's problems", including the nuclear standoff. Tehran insists it wants nuclear energy only for a growing population whose fossil fuels will eventually run out and vehemently rejected calls to suspend enrichment for any length of time.

Source: AJP